Friday, April 15, 2011

Tanda- tanda dan penyakit

 Pandangan mata apabila di fokus dengan dekat


MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan  kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
  • Selsema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong @ Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). 
  • Hidung sebu:Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan @ Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 
  • Bersin:Proses membuang toksin di bahagian kerongkong @ Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

        KERONGKONG

        • Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.Sakit kerongkong berkemungkinan paras keracunan tertentu.
        • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
        • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
        • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

        BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
        • Bibir pucat:Sistem penghadaman yang lemah @ Perut mengandungi angin @ Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
        • Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


        MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
        •  Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
        • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
        • Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


        TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.
        •  Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. 
        • Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


        KULIT
        • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
        • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 
        • Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 
        • Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 
        • Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 
        • Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


        SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
        • Sendi Sakit Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).  
        • Sendi Sakit Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
        • Sendi Sakit Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 
        • Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
        • Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
        • Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
        • Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
        • Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
        • Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
        • Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


        TANDA-TANDA DALAMAN
        • Kepala- Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
        • Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
        • Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
        • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
        • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 
        • Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain. 
        • Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. 
        • Rasa Pening Yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


        MULUT/KERONGKONG
        • Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 
        • Muntah Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.  
        • Muntah Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser. 
        • Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung. 
        • Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


          KENCING
          • Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
          • Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
          • Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
          • Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
          • Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

          BUANG AIR BESAR
          • Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. 
          • Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil. 
          • Najis Berdarah  Merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
          • Najis Berdarah Hitam: Masalah penyakit ulser perut. 
          • Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.



          TINDAK BALAS BADAN
          • Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
          • Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
          • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
          • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
          • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. 
          • Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan 
          • Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. 
          • Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


          TINDAK BALAS EMOSI
          • Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 
          • Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 
          • Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah. 
          • Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab: Sistem jantung yang lemah @ Sistem saraf otak yang lemah @ Masalah pengaliran darah. 
          • Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.


          Wallahu a’lam.................................







          sumber : http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/

          2 comments:

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...