Friday, April 15, 2011

Tanda- tanda dan penyakit

 Pandangan mata apabila di fokus dengan dekat


MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan  kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
  • Selsema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong @ Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). 
  • Hidung sebu:Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan @ Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 
  • Bersin:Proses membuang toksin di bahagian kerongkong @ Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

        KERONGKONG

        • Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.Sakit kerongkong berkemungkinan paras keracunan tertentu.
        • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
        • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
        • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

        BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
        • Bibir pucat:Sistem penghadaman yang lemah @ Perut mengandungi angin @ Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
        • Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


        MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
        •  Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
        • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
        • Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


        TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.
        •  Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. 
        • Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


        KULIT
        • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
        • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 
        • Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 
        • Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 
        • Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 
        • Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


        SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
        • Sendi Sakit Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).  
        • Sendi Sakit Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
        • Sendi Sakit Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 
        • Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
        • Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
        • Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
        • Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
        • Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
        • Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
        • Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


        TANDA-TANDA DALAMAN
        • Kepala- Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
        • Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
        • Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
        • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
        • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 
        • Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain. 
        • Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. 
        • Rasa Pening Yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


        MULUT/KERONGKONG
        • Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 
        • Muntah Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.  
        • Muntah Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser. 
        • Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung. 
        • Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


          KENCING
          • Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
          • Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
          • Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
          • Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
          • Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

          BUANG AIR BESAR
          • Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. 
          • Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil. 
          • Najis Berdarah  Merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
          • Najis Berdarah Hitam: Masalah penyakit ulser perut. 
          • Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.



          TINDAK BALAS BADAN
          • Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
          • Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
          • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
          • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
          • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. 
          • Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan 
          • Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. 
          • Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


          TINDAK BALAS EMOSI
          • Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 
          • Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 
          • Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah. 
          • Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab: Sistem jantung yang lemah @ Sistem saraf otak yang lemah @ Masalah pengaliran darah. 
          • Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.


          Wallahu a’lam.................................







          sumber : http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/

          Wednesday, February 23, 2011

          Habbatus Saudah - Ikhtiat Penawar Senggugut

          “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)





          kalau dalam bahasa melayu dipanggil Bijan Hitam kalau dalam Bahasa English dipanggil Black Seed







           Antara Khasiat lain yang mengamalkan Habbatus Saudah :

          • badan merasa ringan
          •  badan segar tak pernah rasa letih/lesu walaupun  penat macamana pun
          • kulit rasa lembut & makin cerah
          • resdung dah sembuh sepenuhnya
          • tiada lagi gastrik
          • batuk yang dah 3 bulan tak surut-surut dulu...dah sembuh sepenuhnya
          • tenaga batin berubah (intim dgn suami)
          • tiada lagi masalah kelemumur
          • jeragat-jeragat di kulit muka & lengan berkurangan
          • mata  yg rabun dulu-dulu...sekarang dah normal..cerah & boleh lihat dgn jelas, tak rabun silau lagi..malam drive pun boleh nmpk mentol lampu kereta.
          • jerawat tak tumbuh lagi walaupun dekat nak haid
          • tidak lagi senggugut & sakit-sakit yg teruk semasa/dekat nk haid
          • tidak lagi sakit-sakit lutut & tidak lagi sakit-sakit belakang
          • rekahan bersalin dah semakin kurang..& lembut
          • kesan terbakar dilengan  sudah jadi rata dengan kulit lengan lain
          • kurang selera makan...(tak ingat mkn selalu)
          • pembuangan najis yg lawas 
          • pertumbuhan kuku,rambut cepat & sehat
          • kuku & rambut berkilat
          • perut makin kempis
          • berat badan berkurangan daripada sebelum  76 kg kepada 54kg skrg.

          Habbatus sauda , telah ditulis oleh saintis terkemuka Islam, Ibnu Qayyim, dalam bukunya Medicine of the Prophet di mana beliau menyatakan bahawa Habbatus Sauda mampu  untuk memulihkan penyakit seperti batuk, bronkitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut, menambahkan susu badan, juga menambah pengaliran air liur serta sebagainya.

          Dr Ahmad Elkadi pula telah membuat kajian serta mendapati Habbatus Sauda mampu meningkatkan daya tahan sakit (immune system).

          Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah fixed-Oil (saturated dan unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene),  Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.

          Di dalam kitab Al Tibb An Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda juga dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah . Dalam kitab tersebut juga telah disebutkan bahawa Habbatus Sauda mampu mengubati 50 macam penyakit-penyakit tanpa efek. Ulasan dari ilmu kedoktoran telah menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
          • Anti-inflamasi, untuk mengubati perih/radang tenggorokan
          • Antiarthritis, bagi mengubati reumatik.
          • Analgesik, untuk mengubati sakit gigi serta sakit kepala (migrain).
          • Aktiviti hormon, mengaturkan haid serta meningkatkan aliran susu.
          • Antiseptik, mengubati bau mulut.
          • Antivirus, ubati demam dan flu.
          • Dermatologi, untuk mengubati jerawat dan eksim.
          • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
          • Sistem kekebalan, bagi meningkatkan daya tahan tubuh bagi menangkal penyakit.
          • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
          • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
          • Nematocidal, mengubati cacing pita.
          • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).













          sumber:

          http://www.klik4sihat.com/habbatus-sauda-hasil-kajian-berkurun-lamanya.html
          http://halwasakeenah.blogspot.com/2010/12/makanan-sunnah-habbatus-sauda-black.html
          http://mari-merepek.blogspot.com/2010/07/sedap-pulak-habbatus-sauda-malam-ni.html
          http://www.angahazri.blogspot.com/

          Monday, February 21, 2011

          Garam - Bukan punca darah tinggi




          "Nabi Muhammad SAW akan meletakkan garam di atas piring. Kemudian Nabi Muhammad SAW akan mencecahkan hujung jari kelingking ke atas permukaan garam. Lalu di masukkan ke dalam mulut." - Namun demikian janganlah tersilap dalam memilih garam yang sesuai untuk tujuan tersebut.



          Tahukah anda , bahawa amalan nabi dan orang tua-tua zaman dahulu meletakkan secubit garam pada lidah sebelum dan selepas makan sebenarnya mengandungi pelbagai rahsia kesihatan di samping mendapat ganjaran pahala kerana mengikuti amalan nabi s.a.w ? Namun demikian janganlah tersilap dalam memilih garam yang sesuai untuk tujuan tersebut. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun  ( garam asli ) yang dijadikan amalan oleh nabi tidaklah sama kandungannya berbanding dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.

          Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit. Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya yang rendah. Perbezaan ini boleh di uji dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asal.

          Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida.

          Garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, "kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit"......



          Jika amalan tersebut dipraktikkan maka sistem sistem penghadaman akan menjadi lebih cekap kerana semua enzim yang terlibat akan dirembeskan secukupnya.  Segala toksin atau racun dalam makanan akan menjadi neutral atau tidak merbahaya kepada tubuh. Oleh itu ianya amat sesuai untuk mengelakkan keracunan makanan dan gangguan usus.

          Ia juga sesuai untuk mengatasi masalah gastrik yang berpunca daripada asid amino yang berlebihan.Perut yang berlebihan asid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksida dan ini membuatkan orang berkenaan menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan juga daya tumpuan. Jika ini berterusan, orang berkenaan akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada masalah tekanan darah. Amalan merasa secubit garam gurun 
          (garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.

          Khasiat Garam Yang dijadikan amalan permakanan sihat kandungan dan kesanya seperti berikut:

          • Melancarkan sistem penghadaman.
          • Meneutralkan asid-asid berlebihan/toksin/ angin.
          • Merangsang keseimbangan metabolisme badan.
          • Mengimbangi selera makan.
          • Membantu mengatasi masalah saraf dan kekejangan otot.
          • Mengelakkan keracunan makanan.
          • Gastrik, sembelit, cirit-birit, sakit tekak, gangguan suara, keletihan, kelesuan, rasa mengantuk & daya konsentrasi.




















          sumber - Sepakat Usahawan Dinamik Enterprise, Alif Harmoni Sdn Bhd, http://nurmutiarakasih.blogspot.com/2010/03/sunnah-nabi-saw.html


          Thursday, February 17, 2011

          Faktor - Kelahiran Anak Kurang Bijak


          Mengenai pemakanan ibu mengandung mengambil pemakanan tidak berkhasiat, iaitu kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik ia dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Dan lagi pemakanan campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama    " ini adalah kerana daging ayam mengandung ion positif (+)  ,  sedangan ikan mengandung ion negatif (-) , dalam makanan ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus dan merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan"


           Mitos 1

          Faktor kelahiran anak yang kurang bijak adalah kerana "melambat-lambatkan kewajipan Aqiqah anaknya" 

          Mitos 2 

          Berjimak semasa tempoh haid

          Petua - Melahirkan Anak Yang Bijak

          Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

          Setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali perhatikan ialah, sang ibu perlu membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, membuat latihan metamatik sehingga  melahirkan anak. “ia, ini untuk anak  yang masih didalam kandungan, untuk melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”

          Mengenai pemakanan sebelum mengambil makanan berat,makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)

          Seperkara lagi sejak awal mengandung amalkan  memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, dan lagi menurut sumber memakan daging ikan tanpa kepala sungguh baik untuk perkembangan otak

          Kesimpulanya,  keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik (muzik; alQuran dapat menerangkan hati, al Quran itu cahaya). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak. 







          .



          Monday, February 14, 2011

          Mengkudu - Daunnya Juga Ada Khasiat

          Membongkar khasiat daun mengkudu


          KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.








          Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

          Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.

          “Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk.

          “Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.

          Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.

          “Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

          AZIZAH menunjukkan hasil produk penyelidikan yang dilakukan bersama kumpulan saintis UPM. 
           
           
           
          “Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.
           
          Melalui kajian saintifik

          Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.

          “Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.

          “Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau.

          Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

          “Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik.

          “Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.

           PENYELIDIKAN UPM mendapati khasiat mengkudu bukan sahaja pada buahnya tetapi juga daun yang matang. 
           
           
          Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.

          “Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.

          “Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.

          Perkembangan produk

          Projek yang dimulakan pada tahun 2005 dan dijangka selesai pada tahun 2014 itu kini sedang melalui fasa pra pengkomersialan. Selepas dipatenkan, Azizah dan kumpulannya kini sedang dalam proses menarik minat pelabur terutama syarikat-syarikat yang berminat dengan produk tersebut.

          “Ketika ini kami menyasarkan pasaran Malaysia tetapi ia masih dalam perancangan dan penyusunan. Penyelidik UPM lain yang terbabit ialah Mohd. Sabri Pak Dek, Profesor Azizah Osman dan Dr. Masturah Markom,” katanya.

          PRODUK Catechin Rich Extract pernah memenangi pingat perak 
          Anugerah Pameran dan Kajian UPM 2006.
           
           
          Menurut Azizah, melalui produk dan teknologi yang dinamakan sebagai ingredien fungsian makanan tinggi antioksida itu, beliau menyasarkan pengguna industri makanan dan bahan makanan.

          “Kos bahan ini adalah lebih kurang RM10 sehingga RM20 untuk 1,000 miligram yang sesuai digunakan untuk pembangunan makanan atau minuman fungsian. Penambahan kira-kira 50 hingga 100 miligram ingredien fungsian mencukupi untuk 200 milimeter minuman.

          “Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi pingat perak pada Anugerah Pameran dan Kajian UPM tahun 2006,” tambahnya.

          Katanya lagi, mengikut trend global, pengguna kini lebih menghargai produk hijau dan semula jadi yang diyakini lebih selamat.

          “Jualan tahunan produk herbal Malaysia ketika ini dilihat berkembang pada kadar 15 ke-20 peratus setiap tahun, dua kali ganda berbanding penggunaan di Amerika Syarikat (AS),” katanya.

           
           
           
           
          .
           
           

          Siwak - Ikhtiar Bersugi Mencegah Resdung


          Semakin berkembang ilmu sains, maka semakin banyak lagi rahsia-rahsia, misteri dan amalan tradisional suatu ketika dahulu terbongkar. Penemuan rahsia gelombang elektromagnetik pada kayu sugi adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan para saintis. 

          Panel Pembumi

          Dalam tubuh badan manusia terdapat pengaliran caj yang berperanan memastikan sel-sel tubuh terus bertenaga dan menjalankan fungsi seperti normal. Secara umumnya kaum lelaki dewasa mempunyai caj elektron dominan. Manakala kaum wanita dan kanak-kanak mempunyai caj proton dominan. Antara kedua-dua jenis caj ini, elektron yang penting kerana ia mempertenagakan sel.

          Elektron ini sentiasa digunakan dan akibatnya akan hadir caj proton. Caj proton yang berlebihan ini perlu dialirkan keluar supaya elektron dapat diperbaharui.

          Pengaliran proton keluar perlu melalui panel khas yang digelar “panel pembumi”. Pada tubuh terdapat dua bahan organik yang berfungsi sebagai panel peneutral kehadiran proton berlebihan pada tubuh iaitu rambut (bulu roma), gigi, kuku dan kulit mati (atau mana-mana organik binaan mineral yang menganjur keluar dari tubuh).

          Pencemaran Panel
          Sebagai Panel Pembumi, ia sentiasa akan menampung kehadiran caj proton. Oleh itu ia sangat berpotensi untuk tercemar. Pada peringkat pencemaran yang rendah, ia boleh dibersihkan melalui cara dibasuh menggunaan air mutlak dengan kerap.

          Kawasan yang perlu dibersihkan ialah wajah (bulu roma terdapat banyak di wajah), kepala, anggota tangan dan kaki.

          Panel Pembumi ini tidak dapat dibersihkan dengan air sekiranya kandungan sel mati terlalu tinggi (atau panjang). Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil

          1. Kuku panjang perlu dibuang. Menyimpan kuku panjang akan menyebabkan caj protein lebih kerap mencemarinya.
          2. Rambut yang panjang perlu dilindungi daripada terdedah kepada atmosfera luar rumah supaya tidak mudah tercemar dengan caj proton berlebihan. Memakai tudung akabila keluar rumah bukan sekadar menutup aurat terhadap orang bukan muhrim tetapi mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
          3. Mandi perlu kerap setiap hari supaya sel kulit mati dapat disingkirkan. Hubungan intim antara suami isteri akan meneutralkan caj elektron dan menjadikan potensi untuk dicemari caj proton lebih tinggi. Oleh itu, mandi junub selain untuk tujuan bersuci dari hadas, ia juga mempunyai alasan yang sungguh saintifik.

          Gigi tidak memanjang atau menghasilkan sel mati, sebaliknya ia menghasilkan mineral kalsium semulajadi tubuh. Oleh itu, pencemaran yang berlaku di gigi akan menyebabkan gigi memendam caj proton.

          Kesan pencemaran proton pada gigi
          Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

          Mudarat Burus Gigi Linen

          Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan. 


          Malah berus itu sendiri sebenarnya penuh dengan bakteria dan boleh memudaratkan gigi.






          Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
          Lipas amat menyukai berus gigi. Mereka suka “membersihkan” berus gigi anda setiap malam


          Sekiranya anda boleh menukar berus gigi setiap bulan atau merawat berus gigi setiap kali digunakan, maka berus itu selamat digunakan.

          Aliran Elektrostatik

          Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

          Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.


          Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
          Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

          Kesan Gigi Mendapat Elektron

          Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

          Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

          Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

          Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan. 




          Teknik Menggosok (Bersiwak)

          Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.
          Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

          Kesimpulan Manfaat Bersugi

          1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
          2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
          3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
          4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

          http://rawatankesihatan.com/2008/10/rahsia-saintifik-kayu-sugi.html

          Saturday, February 12, 2011

          Air Zam-Zam - Keajaiban Air ( tanpa rawatan & penapisan canggih)

          KEAJAIBAN AIR ZAMZAM

          Sumber air zamzam yang tak pernah kering dan tak tercemar ini terdapat di Gurun Saudi Arabia. Bayangkan saja, sumber air zamzam saat difoto satelit ternyata terhubungkan dengan Laut Merah atau Laut Mati yang bersatu menuju satu titik di bawah Ka’bah.Tidak hairan jika air ini tidak pernah habis sepanjang zaman.

          proses penyaringan sangat unik, yakni melalui bebatuan dan gurun pasir yang berlapis-lapis.

          Kandungan Air Zam-Zam - Air ini mengandung berbagai mineral dan zat . Mineral dan elemen-elemen itu jumlahnya amat fantastik, sekitar 2 ribu miligram per liter. Di antaranya, sodium (250), kalsium (200), potassium (20), magnesium (50) sulfur (372), bicarbonate (366), nitrat (273), fosfat (0,25), clan ammonia (6).

          doktor dari Universiti Yokohama Jepan, Dr. Masaru Emoto membuktikan, kalau air zamzam yang selama berabad-abad mengalir di kawasan tempat peribadatan umat Islam itu memiliki struktur yang unik. Dalam bukunya The True Power of Water yang laku di Jepun dan Amerika tersurat bagaimana air zamzam memiliki kekuatan penyembuhan yang luar biasa. Tak salah jika Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit”. 

          Menurut Masaru Emoto, air memiliki sifat sensitif namun juga reaktif. Jika dibacakan padanya kata-kata yang baik, air akan bereaksi positif. Sebaliknya, jika diberikan kata-kata buruk, maka air juga akan bereaksi sifat dan makna kata-kata tersebut.

          Keunikan air zam-zam digambarkan Masaru Emoto sebagai sebuah kristal yang berstruktur indah heksagon (segienam) . Label baik atau buruk inilah yang pada akhirnya akan menentukan jenis kristal yang akan terbentuk nantinya

          Setiap 20 kg badan - Perlu 1 liter Air (alkali) neutralkan asid

          * asid - punca gastrik*

          Kesemua makanan memberi tenaga untuk kita bekerja dan membesar. Perbezaan di antara makanan yang bagus dan makanan yang tidak bagus adalah jenis dan kuantiti bahan buangan yang dihasilkan oleh makanan itu. Makanan yang lebih baik adalah makanan yang menghasilkan bahan buangan berasid yang paling sedikit dan mempunyai paling banyak asid yang meneutralkan bahan buangan. Namun, kerana 97% dari makan kita adalah karbon nitrogen, hydrogen dan oksigen dan 3% sahaja ialah mineral-mineral beralkali, tidak kira apa yang kita makan, bahan buangan adalah berasid di dalam analisa terakhir. Jika kita boleh membantu badan kita untuk mengeluarkan 100% bahan buangan setiap hari, kita boleh makan apa sahaja yang kita suka dan masih boleh mengekalkan kesihatan yang bagus. Ini adalah lebih baik daripada merisaukan tentang apa yang kita makan dan tidak makan dan meninggalkan enzim-enzim penting yang didapati dalam sesetengah makanan sahaja. Beberapa pemakanan kesihatan adalah rumit, iaitu pemakanan ini mengelirukan. Sesetengah pemakanan membosankan dan tidak sedap.

          Sesuatu yang penting perlu kita ingat ialah semua makanan, kesihatan atau makanan ringan, mahal atau tidak, sedap atau tidak, mengeluarkan bahan buangan berasid yang mana bahan kita perlu menyingkirkannya. Makanlah bergayakan sihat!

          Air Kelapa - Berkhasiat malah juga peganti Plasma Darah


          Mitos 1 : " Ada sumber mendapati air kelapa dicampur dengan madu mampu menhasilkan Vitamin E iaitu mampu merangsang pusat-pusat seksual tubuh"

          Mitos 2 : " Komposisi kimiawi air kelapa muda hampir hampir menyamai dengan plasma darah sehingga mudah untuk ditransfungsikan. Dalam darurat terutama di masa perang dunia II, air kelapa muda sering ditransfungsikan pada prajurit yang sakit ketika menunggu bantuan plasma darah datang"

          Mitos 3 : " Penawar HIV"

          Berikut ini adalah manfaat air kelapa muda untuk kesihatan :

          1. Menjaga keseimbangan elektrolit
          2. Mengatasi gangguan kencing
          3. Memecah batu ginjal
          4. Membunuh cacing di usus
          5. Pengganti plasma darah
          6. Anti Virus
          7. Mengatasi mual muntah
          8. Penawar Racun ( jika termakan racun daripada tumbuh-tumbuhan)
          9. Badan Panas ( demam)

          Telur Ayam - ikhtiar mencegah kecacatan janin


          1biji telor = 23ug Asid folik

          Asid folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam kehidupan manusia khususnya bagi kaum ibu. Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung bagi memastikan ianya berkesan.sebaik- baiknya ianya diambil secara rutin setiap hari pada peringkat remaja lagi.Asid folik memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah yang normal.

          Asid folik diperlukan untuk meransang kesempurnaan pembantukan saraf tunjang (Neural Tube) semasa diperingkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama.
          Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan pada saraf tunjang (Neural Tube Defect/NTDs)

          Asid folik dapat mengurangkan kecacatan janin (birth defect) yang dipanggil kecacatan saraf tunjang (Neural Tube Defect/NTDs) seperti:

          a)Gangguan pada saraf tunjang (Spina Bifiba/open spine). Keadaan teruk boleh menyebabkan lumpuh (muscle paralysis).

          b)Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau tidak terbentuk langsung (Annencephaly).
          c)Terjadi lubang dibahagian tempurungkepala di mana, tisu otak terkeluar (Encephalocene)

          Pengambilan asid folik juga dapat mengurangkan keguguran dan lahir mati.
          Kemungkinan besar asid folik juga dapat mengurangkan lain-lain kecacatan /msalah bayi seperti: pucat(aneamia),kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang(limb reduction), kecacatan system pembuangan air kecil(urinary), sumbing lelangit( cleft palate).

          Beberapa kajian telah menunjukkan pangambilan asid folik dapat mengurangkan risiko penyakit-panyakit tersebut:

          1.Penyakit jantung
          2.Strok/angin ahmar
          3.Kanser usus besar
          4.Kanser pangkal rahim

          Tips untuk mengekalkan asid folik dalam makanan:

          Asid folik mudah larut dalam air dan jika memasak terlalu lama akan memusnahkannya, oleh itu:

          1.Pendekkan masa memasak.
          2.Kurangkan air atau kuah dalam masakan.
          3.Memasak secara kukus atau goreng separuh masak.
          4.Pilih makanan atau sayuran segar.

          Cara makan dengan betul :

          TELUR jangan dimakan sekali dengan IKAN
          TELUR jangan dimakan sekali dengan DAGING

          Thursday, February 10, 2011

          Minyak Argan - perawat kompilasi kulit


          Minyak Argan

          Efektif bagi penjagaan kulit, kuku dan rambut. Mengandungi Vitamin E dan Asid Lemak Utama yang tinggi, ianya dihasilkan dari pohon Argan (Argania spinosa) yang khusus terdapat di Afrika dan ditanam secara 100% organik.

          Mengandungi vitamin E yang hampir 3 kali ganda berbanding minyak zaiton. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid lemak omega 3 dan omega 6 dan omega 9 yang berkesan melambatkan kesan penuaan. Dengan kandungan antioksida yang tinggi, dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan memulihkan kesan parut akibat dari masalah jerawat,psoriasis, cacar, eczema serta regangan kulit selepas bersalin.

          Manfaat Minyak Argan:

          1. merawat kulit ( awek muda , kulit tegang, exzema,licin, gebu, cerah )
          2. menghilangkan parut, jeragat, selulit, parut
          3. merawat masalah rambut ( gugur, melebatkan)
          4. serta menguatkan kuku yang rapuh

          Kandungan Minyak Argan:

          Vitamin E [90mg/100g]
          Antioksida terbaik untuk melindungi sel-sel dari kerosakan akibat bahaya persekitaran
          Melindungi kulit dari kehilangan kelembapan semulajadi.
          Mengurangkan parut dan kesan regangan kulit.

          Asid Lemak Tepu [80%]
          Asid Oleik [43%],Asid Linoleic [36%]
          Membaiki sel supaya lebih mudah menyerap nutrien dan menyahtoksin.
          Mengelakkan kekeringan kulit dan kehilangan keanjalan kulit.
          Mengawal atur kitaran pengeluaran sebum kulit.


          Sterols [200mg/100g]
          Mengelakkan kehadiran kesan-kesan penuaan.
          Meningkatkan metabolisme sel.
          Mengurangkan kesan inflamasi dan keradangan pada kulit.


          Squalene [320mg/100g]
          Antioksida yang berkesan meneutralkan oksigen tunggal (singlet oxygen) yang terhasil dari pancaran UV Matahari.
          Bergabung dengan molekul toksin untuk membuang tolsin dari kulit.
          Bertindak sebagai antibakteria dan memulihkan sel-sel rosak.

          Kurma - menu sarapan & berbuka puasa ( cegah diabetes)



          Rasulullah berbuka dengan rutab (kurma lembek) sebelum solat, jika tidak terdapat rutab, Beliau berbuka dengan Tamr (kurma kering). Bila tidak ada kurma kering, Beliau meneguk air. (HR Ahmad dan Abu Dawud)






          APAKAH KURMA SAMA DENGAN YANG MANIS- MANIS ?

          Tidak. kurma adalah karbohidrat kompleks. sedangkan gula yang terdapat dalam makanan dan minuman manis sebagai hidangan berbuka puasa, adalah karbohidrat sederhana.

          Ketika berpuasa,kadar gula darah menurun.kalau langsung makan yang manis, kadar gula darah melonjak naik secara mendadak.Kalau perut kosong seharian lalu langsung dibanjiri gula respons insulin dalam tubuh langsung melonjak, sehingga sangat tidak sehat.

          Kurma yang dicontohkan Rasulullah adalah karbohidrat kompleks bukan gula. Untuk menjadi glikogen, karbohidrat kompleks perlu diproses yang makan waktu sehingga kadar gula dalam tubuh naik pelan pelan. Sungguh luar biasa ajaran yang disampaikan Rasulullah

          Minyak Kelapa - saintis kata " minyak paling sihat di muka bumi "



          " Nenek Moyang Dulu Pandai - tak guna pun minyak sayur untuk masakan"

          Mengandungi 86.5% lemak tepu, 5.8% asid lemak monotaktepu dan 1.8% asid lemak politaktepu. Ini membuatnya minyak paling stabil dan ramai saintis menggelarnya sebagai minyak paling menyihatkan di atas muka bumi.


          LEMAK DAN MINYAK

          Daripada tiga kumpulan makronutrien dalam makanan kita, lemak merupakan yang terpenting untuk penyenggaraan kesihatan. Selama ini telah berlaku salahfaham, salahsebut dan salahtuduh terhadap kepentingan lemak dan minyak dalam penjagaan kesihatan yang sebenar.

          Lemak dan minyak essential terdiri daripada rantai atom karbon dan hidrogen terikat oleh ikatan kovalen. Setiap karbon berupaya membentuk empat ikatan dengan karbon dan hydrogen yang berjiran dengannya. Bila semua empat ikatan adalah ikatan satu, single, lemak berkenaan tepu. Bilamana ikatan dwi, double, wujud di antara karbon dalam kerangka sebatian lemak atau minyak itu, ia dikatakan tidak tepu.

          Lemak monotaktepu mempunyai satu ikatan dwi dalam molekulnya sementara lemak politaktepu mempunyai lebih dari satu ikatan-ikatn dwi. Lemak tepu adalah stabil dan bentuk molekul lurusnya membolehkan ia tersusun rapat menjadi lemak pejal pada suhu rendah. Berbeza pula bagi ikatan-ikatan dwi dalam lemak politaktepu yang hanya membolehkan molekul-molekulnya membengkok dan menggulung dan dalam keadaan aslinya mengambil konfigurasi, bentuk, cis. Konfigurasi ini bermakna mereka tidak dapat disusun dengan rapat.

          Oleh demikian, lemak politaktepu tetap mengambil rupa minyak dalam bentu cecair pada suhu rendah. Jika anda menyimpan minyak jagung atau matahari yang memiliki kandungan lemak politaktepu yang tinggi di dalam ruang pembeku peti sejuk anda, mereka tidak akan menjadi pejal atau keras. Bandingkan keadaan ini dengan minyak kelapa, dengan kandungan lemaktepu yang tinggi yang akan menjadi pejal di dalam peti sejuk walaupun hanya diletakkan di luar bahagian pembeku.

          Molekul-molekul asid lemak yang memiliki banyak ikatan dwi adalah lebih reaktif disebabkan struktur mereka yang bercabang-cabang. Mereka juga mudah teroksidasi dan basi. Ini berlaku dalam keadaan panas dengan kehadiran cahaya dan oksigen. Dalam keadaan teroksidasi ini mereka menjadi pemangkin-pemangkin dalam pembentukan dan pengeluaran bahankimia-bahankimia yang menyebabkan kerosakan. Dalam badan kita mereka menjana pengeluaran radikal-radikal bebas yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit jantung, darah tinggi dan kanser.

          Lemak adalah sebahagian yang amat penting dari sel-sel kita. Sebenarnya membren sel terdiri daripada kebanyakannya dua lapis fosfolipid. Lemak memberikan integriti dan kekuatan kepada membren sel. Otak kita adlah 70% lemak. Kebanyakan lemak-lemak ini adalah lemak tepu dalam bentuk trigliserid yang terdiri daripada tiga molekul asid lemak melekat pada gliserol. Badan kita berkeupayaan membuat lemak tepu dari gula (kabohidrat) dan protin. Asid lemak bentuk rantai panjang adalah cara paling cekap untuk menyimpan tenaga.

          Badan kita juga berupaya menukar asid stearik kepada asid oleik monotaktepu. Bagaimanapun, badan kita tidak mampu membuat asid lemak politaktepu. Oleh itu amatlah penting diet kita membekalkan lemak jenis ini. Asid lemak omega 3 memiliki tiga ikatan dwi sementara omega 6 memiliki dua ikatan dwi. Kedua-dua ini adalah asid lemak essential yang paling biasa dan banyak diperlukan.

          Selain dari kehadiran dan bilangan ikatan-ikatan dwi, lemak juga diklaskan mengikut bilangan atom karbon. Asid lemak-asid lemak rantai pendek mengandungi 4 hingga 6 atom karbon dan selalunya tepu. Asid butirik yang 4 karbon dan asidkaprik yang 6 karbon, kedua-duanya terdapat dalalek butter. Oleh sebab rantai mereka pendek, mereka mudah diserap dan boleh dengan cepat digunakan oleh hati untuk tenaga.

          Asid lemak rantai pertengahan mengandungi 8 hingga 12 atom karbon. Kumpulan ini juga tepu. Mereka mudah diserap dan dimanafaatkan oleh hati untuk pengeluaran tenaga. Asid lemak rantai panjang mengandungi dari 14 hingga 21 atom karbon dan mereka boleh jadi tepu, mono taktepu dan poli taktepu. Asid palmitoleik yang 16 karbon dan asid stearik yang 18 karbon kedua-duanya terdapat dalam lemak butter. Mereka memiliki sifat antimikrob yang kuat, demikian juga asid lemak-asid lemak rantai pendek dan pertengahan.

          Sebahagian besar punca-punca lemak dan minyak mengandungi kombinasi asid lemak tepu dan taktepu, rantai pendek dan panjang dalam kombinasi dengan vitamin dan makanan-makanan lain . Amatlah baik dan berguna bagi kita mengkaji sesetengah jenis lemak dan minyak yang biasa dimakan untuk menjelaskan pengetahuan kita dan membuat pilihan yang bijaksana dalam diet kita.



          DR ENG JI BAH

          A Recipe For Health - “the truths you should know about healthy eating and healthy living”
          Terjemahan oleh: MAHADI BIN ARIFIN, R. Ph., 747
          Ulasan Topik oleh : Bulan dan Bintang (^_^)

          Friday, February 4, 2011

          Pegaga - Mencantikkan Kulit & Juga Menegangkan Buah Dada



          PEGAGA mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida, flavenoids, volatile oils, pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik



          " pegaga boleh dimakan...boleh dibuat jus dengan pegaga ni.boleh jugak dibuat ulam.pegaga memang bagus utk cantikkan kulit dan untuk lewatkan rambut dari beruban,hitam serta suburkan rambut.juga boleh menegangkan buah dada (bagi perempuan) jika selalu diamalkan memakan pegaga.ini adalah testimoni dari mulut orang dah penah"

          Cara Buat Air Pegaga:

          "masukkan semua sekali termasuk akar.basuh bersih2 dan blend.tapis ambil airnya..terpulang jika mahu campurkan gula (perisa tambahan)..siap untuk di minum.samada panas atau sejuk.kalau dari pokok fresh,jusnya ada bau pegaga.tapi kalau beli yang dah di proses (dalam botol),bau pegaganya dah takde dan khasiatnya pun sudah tak sama dgn yang fresh"




          http://www.facebook.com/album.php?aid=46388&id=171827702836395

          Za'faran (Safroney) - Memecah Arteri Yang Berlemak ( rawatan darah tinggi)


          SAFRONEY (Za'faran) yang kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin) boleh membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah, merawat penyakit saraf, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi dan turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.

          Info ke-1:
          "Ada yang menjadikan dalam bentuk serbuk ( herba-herba) dan sudah dikomersilkan untuk dipasaran.Hanya di Malaysia ia diimport daripada negara Arab dan qualitinya sangat baik ,ia kini dibuat bancuh seperti teh dan selepas meminum beberapa minit badan seseorang akan terus berasa panas"

          Info ke-2 :
          SAFRONEY merawat penyakit parkinson dan masalah sendi , demam-demam, darah tinggi.


          Kajian saintifik Bunga Saffron  mengandungi bahan-bahan Penting:

          KAYA DENGAN RIBOFLAVIN (B2) * penting sebagai coenzyme dalam:

          * Pertukaran lemak, gula, protein kepada gula) proses metabolic.
          * Kulit yang cantik dan sihat.
          * Imbangan asiditi badan.

          Kaya dengan THIAMINE (B1)

          * Keperluan jantung.
          * Keperluan system saraf.

          Mengandungi bahan Chrocetin

          * Mengurangkan kolestrol (reduce)
          * Mengurangkan peluang mendapat serangan jantung (Heart Attack)

          BERDASARKAN KESELURUHAN KAJIAN KLINIKAL :

          * Anti Keracunan
          * Kesihatan Fungsi Jantung
          * Percernaan Dan Pelawasan.
          * Menguatkan Sistem Saraf Dan Hati.
          * Meningkatkan Hubungan Pasangan.
          * Agen perangsang & Agen hipotemia
          * Mengawal Tekanan Perasaan Dan Ketenangan.
          * Perubatan Demam, Stress,Kepanasan & Pernafasan

          Safron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat



          *Jika ada sebarang pertanyaan sila klik disini

          Kombucha - Merawat 26 Jenis Penyakit



          KOMBUCHA - SCOBY (Symbiotic Culture Of Bacteria and Yeast)

          Cendawan ini dikatakan telah dijumpai di timur tengah sejak tahun 1000 BC dan kemudianya di bawa ke Jerman melalui Rusia. Ramuan ini menjadi minuman asas berkhasiat untuk kecergasan tenaga terutama waktu menuai. sejak itu ramuan ini telah dijadikan sebagai minuman harian dalam kehidupan manusia diseluruh pelusuk dunia. cendawan ini mengandungi gelatin dan selaput yang berbentuk tipis. ia akan hidup dan membiak didalam bancuhan teh dan gula ( teh hijau yang paling baik), ketika proses fermentasi dan oksida cendawan ini menghasilkan asid-asid organik penting yang mengubah bancuhan teh dan gula ini. Bahan-bahanya ialah asid glucuron, asid acetic, asid laktic, vitamin - vitamin, asid amino, bahan-bahan antibiotik, dan lain-lain, oleh itu, dalam erti kata sebenar, cendawan ini adalah seperti sebuah kilang biokimia kecil. menurut kajian sains perubatan, asid-asid yang dinyatakan adalah bahan-bahan yang diperlukan dalam tubuh bagi merawat dan menyembuh pelbagai jenis penyakit kecuali MATI.

          (Diminum 2 kali sehari dapat dirasai selepas seminggu)


          1. Asma / lelah
          2. Darah Tinggi
          3. Kencing Manis
          4. Sakit Jantung
          5. Kecergasan Tenaga
          6. Kencing Tidak lawas
          7. Ceret Beret / Pendarahan / Sembelit
          8. Batuk Darah
          9. Gout
          10. kanser
          11. Batuk Berlarutan / Saki Kepala
          12. Atritis / Sakit Sendi
          13. Batu Karang
          14. Angin Dalam Badan
          15. Stress
          16. Paru-Paru Berair
          17. Gastrik
          18. Pengawalan Kolesterol
          19. Sakit Dada / Ulu hati
          20. Perempuan Lepas bersalin
          21. Resdung
          22. Melancarkan Perjalanan Darah
          23. Sakit kuning
          24. Penghadapan
          25. Sakit Buah Pinggang
          26. Penyakit kulit


          http://www.facebook.com/album.php?aid=47047&id=171827702836395
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...