Wednesday, February 23, 2011

Habbatus Saudah - Ikhtiat Penawar Senggugut

“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)





kalau dalam bahasa melayu dipanggil Bijan Hitam kalau dalam Bahasa English dipanggil Black Seed







 Antara Khasiat lain yang mengamalkan Habbatus Saudah :

  • badan merasa ringan
  •  badan segar tak pernah rasa letih/lesu walaupun  penat macamana pun
  • kulit rasa lembut & makin cerah
  • resdung dah sembuh sepenuhnya
  • tiada lagi gastrik
  • batuk yang dah 3 bulan tak surut-surut dulu...dah sembuh sepenuhnya
  • tenaga batin berubah (intim dgn suami)
  • tiada lagi masalah kelemumur
  • jeragat-jeragat di kulit muka & lengan berkurangan
  • mata  yg rabun dulu-dulu...sekarang dah normal..cerah & boleh lihat dgn jelas, tak rabun silau lagi..malam drive pun boleh nmpk mentol lampu kereta.
  • jerawat tak tumbuh lagi walaupun dekat nak haid
  • tidak lagi senggugut & sakit-sakit yg teruk semasa/dekat nk haid
  • tidak lagi sakit-sakit lutut & tidak lagi sakit-sakit belakang
  • rekahan bersalin dah semakin kurang..& lembut
  • kesan terbakar dilengan  sudah jadi rata dengan kulit lengan lain
  • kurang selera makan...(tak ingat mkn selalu)
  • pembuangan najis yg lawas 
  • pertumbuhan kuku,rambut cepat & sehat
  • kuku & rambut berkilat
  • perut makin kempis
  • berat badan berkurangan daripada sebelum  76 kg kepada 54kg skrg.

Habbatus sauda , telah ditulis oleh saintis terkemuka Islam, Ibnu Qayyim, dalam bukunya Medicine of the Prophet di mana beliau menyatakan bahawa Habbatus Sauda mampu  untuk memulihkan penyakit seperti batuk, bronkitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut, menambahkan susu badan, juga menambah pengaliran air liur serta sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula telah membuat kajian serta mendapati Habbatus Sauda mampu meningkatkan daya tahan sakit (immune system).

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah fixed-Oil (saturated dan unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene),  Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.

Di dalam kitab Al Tibb An Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda juga dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah . Dalam kitab tersebut juga telah disebutkan bahawa Habbatus Sauda mampu mengubati 50 macam penyakit-penyakit tanpa efek. Ulasan dari ilmu kedoktoran telah menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
  • Anti-inflamasi, untuk mengubati perih/radang tenggorokan
  • Antiarthritis, bagi mengubati reumatik.
  • Analgesik, untuk mengubati sakit gigi serta sakit kepala (migrain).
  • Aktiviti hormon, mengaturkan haid serta meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, ubati demam dan flu.
  • Dermatologi, untuk mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, bagi meningkatkan daya tahan tubuh bagi menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).













sumber:

http://www.klik4sihat.com/habbatus-sauda-hasil-kajian-berkurun-lamanya.html
http://halwasakeenah.blogspot.com/2010/12/makanan-sunnah-habbatus-sauda-black.html
http://mari-merepek.blogspot.com/2010/07/sedap-pulak-habbatus-sauda-malam-ni.html
http://www.angahazri.blogspot.com/

2 comments:

  1. kt umah sy ada blackseed ni sbb aritu parents baru balik dr haji..dorg beli kt sana..tp sy xtau la ape fungsi yer n cara nk guna..masok kat cni baru tau faedah yer..heeee~

    ReplyDelete
  2. Salam, awak boleh cuba pad herba Avail & insyaAllah boleh menghilang/ kurangkan senggugut tanpa makan ubat.Sila rujuk http://www.goavail.com/senggugut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...