Monday, February 21, 2011

Garam - Bukan punca darah tinggi




"Nabi Muhammad SAW akan meletakkan garam di atas piring. Kemudian Nabi Muhammad SAW akan mencecahkan hujung jari kelingking ke atas permukaan garam. Lalu di masukkan ke dalam mulut." - Namun demikian janganlah tersilap dalam memilih garam yang sesuai untuk tujuan tersebut.



Tahukah anda , bahawa amalan nabi dan orang tua-tua zaman dahulu meletakkan secubit garam pada lidah sebelum dan selepas makan sebenarnya mengandungi pelbagai rahsia kesihatan di samping mendapat ganjaran pahala kerana mengikuti amalan nabi s.a.w ? Namun demikian janganlah tersilap dalam memilih garam yang sesuai untuk tujuan tersebut. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun  ( garam asli ) yang dijadikan amalan oleh nabi tidaklah sama kandungannya berbanding dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.

Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit. Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya yang rendah. Perbezaan ini boleh di uji dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asal.

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida.

Garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, "kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit"......



Jika amalan tersebut dipraktikkan maka sistem sistem penghadaman akan menjadi lebih cekap kerana semua enzim yang terlibat akan dirembeskan secukupnya.  Segala toksin atau racun dalam makanan akan menjadi neutral atau tidak merbahaya kepada tubuh. Oleh itu ianya amat sesuai untuk mengelakkan keracunan makanan dan gangguan usus.

Ia juga sesuai untuk mengatasi masalah gastrik yang berpunca daripada asid amino yang berlebihan.Perut yang berlebihan asid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksida dan ini membuatkan orang berkenaan menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan juga daya tumpuan. Jika ini berterusan, orang berkenaan akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada masalah tekanan darah. Amalan merasa secubit garam gurun 
(garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.

Khasiat Garam Yang dijadikan amalan permakanan sihat kandungan dan kesanya seperti berikut:

• Melancarkan sistem penghadaman.
• Meneutralkan asid-asid berlebihan/toksin/ angin.
• Merangsang keseimbangan metabolisme badan.
• Mengimbangi selera makan.
• Membantu mengatasi masalah saraf dan kekejangan otot.
• Mengelakkan keracunan makanan.
• Gastrik, sembelit, cirit-birit, sakit tekak, gangguan suara, keletihan, kelesuan, rasa mengantuk & daya konsentrasi.




















sumber - Sepakat Usahawan Dinamik Enterprise, Alif Harmoni Sdn Bhd, http://nurmutiarakasih.blogspot.com/2010/03/sunnah-nabi-saw.html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...