Saturday, February 12, 2011

Telur Ayam - ikhtiar mencegah kecacatan janin


1biji telor = 23ug Asid folik

Asid folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam kehidupan manusia khususnya bagi kaum ibu. Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung bagi memastikan ianya berkesan.sebaik- baiknya ianya diambil secara rutin setiap hari pada peringkat remaja lagi.Asid folik memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah yang normal.

Asid folik diperlukan untuk meransang kesempurnaan pembantukan saraf tunjang (Neural Tube) semasa diperingkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama.
Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan pada saraf tunjang (Neural Tube Defect/NTDs)

Asid folik dapat mengurangkan kecacatan janin (birth defect) yang dipanggil kecacatan saraf tunjang (Neural Tube Defect/NTDs) seperti:

a)Gangguan pada saraf tunjang (Spina Bifiba/open spine). Keadaan teruk boleh menyebabkan lumpuh (muscle paralysis).

b)Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau tidak terbentuk langsung (Annencephaly).
c)Terjadi lubang dibahagian tempurungkepala di mana, tisu otak terkeluar (Encephalocene)

Pengambilan asid folik juga dapat mengurangkan keguguran dan lahir mati.
Kemungkinan besar asid folik juga dapat mengurangkan lain-lain kecacatan /msalah bayi seperti: pucat(aneamia),kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang(limb reduction), kecacatan system pembuangan air kecil(urinary), sumbing lelangit( cleft palate).

Beberapa kajian telah menunjukkan pangambilan asid folik dapat mengurangkan risiko penyakit-panyakit tersebut:

1.Penyakit jantung
2.Strok/angin ahmar
3.Kanser usus besar
4.Kanser pangkal rahim

Tips untuk mengekalkan asid folik dalam makanan:

Asid folik mudah larut dalam air dan jika memasak terlalu lama akan memusnahkannya, oleh itu:

1.Pendekkan masa memasak.
2.Kurangkan air atau kuah dalam masakan.
3.Memasak secara kukus atau goreng separuh masak.
4.Pilih makanan atau sayuran segar.

Cara makan dengan betul :

TELUR jangan dimakan sekali dengan IKAN
TELUR jangan dimakan sekali dengan DAGING

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...