Thursday, February 10, 2011

Minyak Argan - perawat kompilasi kulit


Minyak Argan

Efektif bagi penjagaan kulit, kuku dan rambut. Mengandungi Vitamin E dan Asid Lemak Utama yang tinggi, ianya dihasilkan dari pohon Argan (Argania spinosa) yang khusus terdapat di Afrika dan ditanam secara 100% organik.

Mengandungi vitamin E yang hampir 3 kali ganda berbanding minyak zaiton. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid lemak omega 3 dan omega 6 dan omega 9 yang berkesan melambatkan kesan penuaan. Dengan kandungan antioksida yang tinggi, dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan memulihkan kesan parut akibat dari masalah jerawat,psoriasis, cacar, eczema serta regangan kulit selepas bersalin.

Manfaat Minyak Argan:

1. merawat kulit ( awek muda , kulit tegang, exzema,licin, gebu, cerah )
2. menghilangkan parut, jeragat, selulit, parut
3. merawat masalah rambut ( gugur, melebatkan)
4. serta menguatkan kuku yang rapuh

Kandungan Minyak Argan:

Vitamin E [90mg/100g]
Antioksida terbaik untuk melindungi sel-sel dari kerosakan akibat bahaya persekitaran
Melindungi kulit dari kehilangan kelembapan semulajadi.
Mengurangkan parut dan kesan regangan kulit.

Asid Lemak Tepu [80%]
Asid Oleik [43%],Asid Linoleic [36%]
Membaiki sel supaya lebih mudah menyerap nutrien dan menyahtoksin.
Mengelakkan kekeringan kulit dan kehilangan keanjalan kulit.
Mengawal atur kitaran pengeluaran sebum kulit.


Sterols [200mg/100g]
Mengelakkan kehadiran kesan-kesan penuaan.
Meningkatkan metabolisme sel.
Mengurangkan kesan inflamasi dan keradangan pada kulit.


Squalene [320mg/100g]
Antioksida yang berkesan meneutralkan oksigen tunggal (singlet oxygen) yang terhasil dari pancaran UV Matahari.
Bergabung dengan molekul toksin untuk membuang tolsin dari kulit.
Bertindak sebagai antibakteria dan memulihkan sel-sel rosak.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...